<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7906174712531225770\x26blogName\x3delforever-A+Malaysian+Blog\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://supershiningelfworld.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://supershiningelfworld.blogspot.com/\x26vt\x3d4735146480292599072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>













Konsert Super Junior Pukau 9,000 Penonton!


Misha Omar: Saya Belum Dan Tak Pernah Kahwin

Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photoraphy


KUALA LUMPUR, 21 MAC 2011:
Biarpun jumlah penonton yang hadir di konsert Super Show 3 hanyalah sekitar 9,000 penonton saja dan tidak ramai seperti tahun sebelumnya yang pernah mencecah angka 10,000 orang, namun kumpulan Super Junior atau singkatan namanya Suju tetap berjaya memukau peminat Malaysia dengan persembahan yang begitu menakjubkan.

Apatah lagi, bila persembahan kali ini lebih banyak dibanjiri dengan pelbagai gimik serta kejutan. Maka, tidak hairanlah mengapa peminat berasakan bahawa konsert persembahannya yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu berlalu dengan sekejapnya, biarpun hakikatnya ia mengambil masa selama 3 jam lamanya untuk berakhir.

Apa yang pasti, persembahan Suju yang dianggotai 10 jejaka tampan ini sangat menghiburkan penonton. Bukan hanya menerusi nyanyian dan tarian hebat yang ditampilkan semata-mata tetapi ia juga diselang-selikan dengan aksi spontan mereka yang membuatkan peminat tak kering gusi.

Selain itu, peminat pada malam itu dipukau dengan persembahan video istimewa yang melucukan serta mainan lampu dan grafik yang membawa penonton hanyut dalam dunia Suju.

Paling melucukan, ketua kumpulan Suju iaitu Lee Teuk hanya tahu menyebut perkataan Apa Khabar sejak dari awal persembahan hingga di akhir persembahan persembahan, walaupun dia sebenarnya cuba menyampaikan mesej terima kasih.

.Dalam pada itu, Siwon yang dilihat paling diminati peminat tempatan memandangkan dia baru saja menjadi hero drama Oh My Lady sempat menyeru peminatnya agar berdoa kebaikan untuk mangsa tsunami di Jepun.

"Dalam pada kita berhibur, apa kata kita semua berdoa kebaikan untuk mangsa tsunami di Jepun. Saya tahu, rakyat Malaysia memang pemurah dengan doa dan pertolongan. Sebab itulah juga, saya paling sayang peminat saya di Malaysia," ujarnya di tengah-tengah konsert pada malam itu.

Tambah istimewa, selain menampilkan 10 ahli utama pada konsert malam tersebut, peminat Malaysia juga bertuah kerana ahli dari Super Junior M, Super Junior T, Super Junior H dan Super Junior K.R.Y turut sama turun padang untuk bertemu peminat di sini.

Apa yang penting, Suju telah mendendangkan 35 buah lagu termasuklah lagu baru mereka selain beberapa buah lagu cover version. Peminat yang bertuah juga telah diberikan bola warna-warni yang dilemparkan di seluruh stadium.

Difahamkan, Suju yang tiba di Malaysia pada petang 18 Mac lalu bergegas pulang ke Korea Selatan pada malam itu juga kerana ingin meneruskan penjelajahan konsert di negara lain yang mana sebelum ke Malaysia, Suju baru saja tamat konsert mengadakan di Singapura.


credits to : murai.com.my

Labels:




0 share your thoughts


Comments:

Post a Comment





















BONAMANA

ANNYONGHASEYO,dear ELFS !This ia a Malaysian ELF blog "SUPERSHININGELFWORLD" Hope you'll always tune in our blog ! and make sure you'll be one of our followers !
AUTHOR : Nur Syahida,Nur Suraya,Nur Hanani,Nuraina Azryn & Ros Ameera

p/s : we will add more authors soon ! please tell us if you're interested !

leave ur msg in the CBOX if u're interested to be the author ! :D
우리는 엘프 에요 !♡

ONE FINE SPRING DAY
NEXT PROJECT :
- compilation of SS2 LIVE IN MALAYSIA videos and fanaccounts by me :)
-compilation of SS2 LIVE IN MALAYSIA pictures (some taken by me and others from various resources)
-lyrics [romanization+hangul+translation] of any suju's songs (SONGS FROM 4JIB FIRST)

NAVIGATION

link

Previous Posts
MIDNIGHT FANTASY
.


SMTOWN ♥



FEEDJIT

FLAG COUNTER
free counters
thanks for visiting my blog :D

disclaimer
layout.dorkistic
host.blogger